JAKARTA: Menteri-menteri Luar ASEAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau di negara tertentu yang membakar dan mencemarkan kitab suci al-Quran bulan lepas.
"Tindakan ini telah menyakiti dan mencemarkan toleransi beragama," menurut kenyataan Pengerusi mesyuarat majlis penyelaras ASEAN dan pemukiman menteri-menteri luar pada Ahad.
Perhimpunan tahunan menteri-menteri luar ASEAN menegaskan bahawa kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab.
Mereka mengesahkan komitmen ASEAN untuk terus menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai.
Pada 21 Januari lalu, Rasmus Paludan, ketua parti sayap kanan Denmark, Stram Kurs (Hard Line) bertindak membakar salinan al-Quran di hadapan sebuah masjid di Denmark, beberapa hari selepas dia membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden.
Dalam provokasi lain, Edwin Wagensveld, ketua kumpulan Islamofobia Pegida, turut membakar halaman al-Quran di The Hague pada 22 Jan hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, menteri-menteri luar juga menyuarakan kebimbangan mengenai ujian peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara dan pelancaran peluru berpandu balistik baru-baru ini.
Menteri-menteri luar menekankan kepentingan dialog secara aman yang berterusan demi merealisasikan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Semenanjung Korea.
"Kami menggesa semua pihak yang berkaitan untuk mengelakkan sebarang perbuatan dan tindak balas ketenteraan yang boleh meningkatkan ketegangan," menurut menteri-menteri luar.
Situasi di Laut China Selatan juga dibincangkan termasuk berkaitan tebus guna tanah, perkembangan terkini dan insiden serius yang menghakis kepercayaan dan keyakinan.
Menteri-menteri luar turut menegaskan keperluan untuk meneruskan penyelesaian secara aman berhubung pertikaian itu di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-undang Laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
ASEAN komited menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai. - Gambar fail
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Palestin hargai sokongan Malaysia
Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk kepada Mohamad.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi ke Brunei
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan turut mengadakan kunjungan menghadap ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
Mohamad belum jejak kaki ke pejabat baharu sejak dilantik Menteri Luar
Biarpun belum menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baharu, Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.
Hubungan Malaysia-Iran dipertingkat, kerjasama baharu dibentuk libat pelbagai bidang - Zambry
Langkah Malaysia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran menerusi akses pasaran eksport komiditi terus menerima sambutan baik Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi.
Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.
Malaysia pertimbang buka semula kedutaan yang ditutup sebelum ini - Zambry
Malaysia sedia mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat kedutaan di beberapa negara yang sebelum ini terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
Zambry bertemu lebih 80 pesuruhjaya tinggi, duta asing
Ketua-ketua perwakilan mengharapkan Malaysia akan terus aktif dalam menyuarakan setiap pendapat dan pandangan di peringkat global.